Jarosław Kaczyński
Jarosław Kaczyński

Jarosław Kaczyński

Jarosław Aleksander Kaczyński (lahir 18 Jun 1949) adalah ahli politik konservatif Poland dan pernah menjadi Perdana Menteri Poland (Julai 2006 - November 2007). Beliau kini mejadi Ketua Parti Undang-Undang dan Keadilan yang ditubuhkan pada tahun 2002.Beliau adalah saudara kembar seiras dengan Lech Kaczyński, bekas Presiden Poland. Setelah parti diasasnya itu kalah dalam pilihan raya 2007, Jarosław mengundurkan diri dari jabwtan Perdana Menterinya.Beliau kembali ke arena politik dengan menentang Bronisław Komorowski dalam Pemilihan Presiden Poland pada 20 Jun 2010. Kaczyński mengumumkan mencalonkan dirinya pada 26 April 2010. Dia berazam menggantikan saudaranya yang baru saja meninggal dunia. Beliau menerima 36 46 % undi pada pusingan pertama, sementara presiden sementara Bronisław Komorowski menerima 41.54%. Dalam pusingan kedua, beliau dikalahkan Komorowski dengan undian sebanyak 46,99% undi lalu Komorowski yang menerima 53.01% undian dipilih sebagai Presiden.